
"Tiadalah
Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beibadat
kepada Ku"
(Adz-Dzaariyaat 56)

"Aku
tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada Ku"
(Adz-Dzaariyaat 57)
PETIKAN RINGKAS TERJEMAHAN
KITAB RIADHUS SHALIHIN
kemaskini akhir 8 Nov 2001
1 ) Niat
Ikhlas 2 ) Taubat
3 ) Sabar 4 ) Sidiq
5 ) Muraqabah
6 ) Takwa 7 ) Tawakal
8 ) Istaqamah
9 ) Memerhati
10 ) Belumba melakukan kebaikan
11 ) Mujahadah
12 ) Menambah amal
kebaikan
ketika tua
13) Jalan menuju kebaikan
14) Berhemah-Dalam
melakukan 15) Menjaga
kesempurnaan Amal 16) Amalan
sunah
17) Mentaati Hukum ALLAH
18) Bid'aah
NIAT IKHLAS
Firman
ALLAH yang bermaksud : Pada hal mereka tidak diperentahkan melainkan supaya
menyembah ALLAH dengan mengiklaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh diatas
tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah agama yang benar. (Al-Bayyinah
5)
Daripada Umar BIn Alkhattab r.a
berkata : Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Hanya
segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan.
Maka barang siapa hijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah
dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya
atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia
berhijrah kepadanya itu. (Bukhari, Muslim)
Pentingnya niat bagi membezakan
sesuatu itu beroleh pahala atau sia-sia.
TAUBAT
Wajib bertaubat pada setiap dosa
kepada Allah, terdapat 3 syarat bertaubat :
1. Menghentikan maksiat
2. Menyesal kerana ketelanjurannya
3. Berazam tidak akan mengulanginya lagi
Tambahan satu lagi syarat jika dosa
melibatkan hak sesama manusia
4. Memohon maaf dan minta dihalalkan atau memulangkan kembali hak nya.
Firman Allah pada akhir ayat 31 surah AN-NUR yang bermaksud : dan bertaubatlah kamau sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Rasullullah s.a.w bersabda : Hai sekelian manusia bertaubatlah kamu kepada
Allah, dan beristifarlah (memohon ampun) kepadanya, sesungguhnya aku beristifar
tiap-tiap hari seratus kali (Muslim)
ATAS
SABAR
Firman Allah pada ayat terakhir
surah A-LI 'IMRAAN yang bermaksud : Wahai orang-orang yang
beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah,
supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (A-li'imraan
200)
Firman Allah : Demi sesunguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang sabar: (Al-Baqarah 155)
: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" (Al-Baqarah 156)
Daripada
Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : siapa yang dikehendaki oleh
Allah padanya satu kebaikan ,maka diberinya
penderitaan (Bukhari)
Daripada Anas r.a , Rasulullah
s.a.w bersabda : Jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambanya, maka
dilaksanakan segera pembalasan siksa di dunia, sebaliknya jika Allah menghendaki
binasa terhadap hambanya, ditahan pembalasan dosanya, hingga akan dituntut kelak
pada hari kiamat.
SIDDIQ (BENAR)
ALLAH berfirman yang bermaksud : wahai
orang-orang yang beriman ! bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan hendaklah kamu
bersama-sama orang-orang yang benar.
(At-Taubah 119)
Abu Muhammad bin Ali bin Abi Thalib r.a. berkata : Saya telah hafal dari
ajaran Rasulullah s.a.w : Tinggalkan apa yang kamu ragu-ragukan , kepada apa
yang kamu tidak ragu-ragu , sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan,
dan dusta itu menimbulkan
keraguan. (Attirmidzi)
Hadis ini menekankan bahawa setiap ibadat hendaklah disetai dengan keyakinan
tanpanya ibadat akan menjadi tidak sah, olehitu segala yang dikerjakan
mestilah benar-benar menurut perintah Allah dan Rasul s.a.w
ATAS
WASPADA
Firman ALLAH yang bermaksud:
"Sesunguhnya tida satupun yang tersembunyi daripada ALLAH, baik yang di
langit ataupun di bumi"
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan
kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan
sesama manusia dengan budi yang
baik" (Attirmidzi)
ATAS
TAQWA
Firman ALLAH yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada ALLAH
dngan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan
islam"
(A-Li`Imraan 102)
Firman ALLAH yang
bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALLAH,
nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan
yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan
(dosa-dosa) kamu. Dan ALLAH (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang
besar."
(Al-Anfal 29)
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Bertakwalah kepada ALLAH, solatlah lima waktu, berpuasa dibulan
Ramadhan, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada pemimpin mu, nescaya kamu akan
masuk surga yang disediakan oleh
Tuhanmu." (Attirmidzi)
ATAS
YAKIN DAN TAWAKKAL (berserah)
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka , dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, menjadikan mereka bertambah iman, da
kepda Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(Al-Anfal 2)
Umar r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sekiranya kamu bertawakkal (berserah) kepada ALLAH dengan
bersungguh-sungguh, nescaya ALLAH akan memberi rezki kepada mu sepertimana
burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali pada petang dengan
kekenyangan" (Attirmidzi)
Disini dapatlah difahamkan bahawa tawakkal perlu kepada usha atau
ikhtiar seperti contoh yang diberikan Rasulullah terhadap burung yang berusha
keluar pada pagi
hari.
ATAS
ISTIQOMAH (LURUS, TETAP)
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata:
"Tuhan kami ialah ALLAH", kemudian mereka tetap teguh diatas jalan
betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu) mereka tidak ada
kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap meraka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita". (Al-Ahqaaf 13)
Abu Hurairah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :"Bersederhanalah kamu dan tetapkanlah dalam
beramal, Sesungguhnya tidak seorangpun yang selamat hanya dengan bergantung
semata-mata dengan amal perbuatannya. Sahabat bertanya
: Tidak juga engkau ya Rasulullah ? Jawab Nabi:
Tidak pula Saya kecuali ALLAH meliputi Saya dengan rahmat
Nya". (Muslim)
Pengertian
hadis ini ialah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam beramal dari apa yang
dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. sebab yang penting bukan jumlah tetepi tepat
dan ikhlasnya serta tetap diamalkan sentiasa.
ATAS
MEMERHATI
KEBESARAN ALLAH
Firman ALLAH
yang bermaksud : Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi
orang-orang yang berakal.
(A-Li`Imraan 190)
: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tiadalah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab neraka.
(A-Li`Imraan 191)
: Tidakkah mereka memerhatikan
keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia
ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung ganang,
bagaimana ia di tegakkan? Dan keadaan bumi
bagaimana ia di hamparkan? Oleh itu, berikanlah sahaja
peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya da
yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorng Rasul pemberi
ingatan.
(Al-Ghaasyiyah17-21)
ATAS
BERLUMBA-LUMBA
DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN TANPA RAGU-RAGU
Firman ALLAH
yang bermaksud : Dan bagi
tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, Oleh itu belumba-lumbalah
kamu mengerjakan kebaikan, kerana dimana saja kamu berada maka ALLAH akan
tetap membawa kamu semua (berhimpunpada hari kiamat untuk menerima balasan),
sesungguhnya ALLAH maha kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. (Al-Baqarah 148)
Jabir r.a. berkata : Pada hari perang Uhud, ada seorang bertanya kepada Nabi
s.a.w. : Bagaimana pendapat mu kalau sya terbunuh dalam perang ini? Jawab Nabi
s.a.w. : Di surga. Maka segera orang itu membuang beberapa biji kurma yang
masih ada dalam tangan nya dan sedang dimakan . kemudian ia maju berperang,
sehingga terbunuh.
(Bukhari, Muslim)
Ia memberi pengajaran pada kita bahawa betapa
bersegeranya sahabat dalam melakukan kebaikan tanpa perasan ragu-ragu.
ATAS
MUJAHADAH -
PERJUANGAN MELAWAN HAWA NAFSU
Firman ALLAH
yang bermaksud
: Mereka yang berjuang untuk
keredaan Kami, pasti Kami tunjukkan jalan Kami,
dan ALLAH tetap bersama orang yang berbuat
baik
(Al-Ankabut 69)
Abu Hurairah r.a. berkata
: Rasullullah s.a.w. bersabda : Neraka
tertutup dengan berbagai shawat hawa nafsu,
Sedang surga tertutup dengan kesukaran
keberatan. (Bukhari, Muslim)
Seolah-olah surga dan neraka tergantung pada pengendalian hawa nafsu di bawah tuntutan ajaran ALLAH dan Rasullullah s.a.w. Memang hawa nafsu berat dan sukar untuk taat pada perintah, pda hal kepentingannya hanya tergantung pada kekuatannya, mengandaliakn kepada jalan-jalan yang benar-benar akan membawa keuntungan dan bahagiannya.
MENAMBAH
AMAL KEBAIKAN PADA USIA TUA
Firman ALLAH
yang bermaksud
: Tidakkah kami (ALLAH) telah
melanjutkan usia mu yang cukup untuk sedar di dalamnya,
Siapa yang suka sedar, telah datang kepada kamu juru nasihat yang
memperingatkan.
Ibnu Abbas mengertikan umur lanjut ialah berusia 60 tahun ada pendapat
mengatakan 40 tahun.
Juru nasihat yang mengingatkan ialah Nabi ada yang mengatakan Uban.
Anas r.a. berkata :
Sesungguhnya ALLAH melanjutkan turunnya wahyu kepda Rasullullah s.a.w.
terutama lebih kerap datangnya wahyu ketika Nabi hampir
wafat. (Bukhari, Muslim)
Jabir r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : Tiap hamba akan di bangkitkan
dari kuburnya
menurut keadaan di waktu ia mati. (Muslim)
Apa yang selalu dilakukan oleh manusia
semasa hidupnya sehingga mati atas amal perbuatan dan kelakuan itu,
nescaya jika bangkit dari kubur seolah-olah ia masih terus akan melakukan
kebiasaan itu.
JALAN MENUJU
KEBAIKAN
Firman ALLAH
yang bermaksud : Dan
semua yang kamu kerjakan dari kebaikan,
maka ALLAH mengetahuinya. (Al-Baqarah
197)
Firman ALLAH
yang bermaksud : Sesiapa yang berbuat
kebaikan,
maka keuntungannya kembali pada dirinya
sendiri. (Fussilat 46)
Abu Dzar r.a. berkata : Ya Rasulullah, amal perbuatan apakah yang utama? Jawab Nabi : Iman (percaya) kepada ALLAH dan berjuang (jihad) untuk menegakkan agama ALLAH. Saya bertanya : Memerdekakan hamba yang mana lebih utama.? Jawab Nabi : Yang lebeh di sayang dan yang lebeh mahal harganya. Jika saya tidak dapat berbuat demikian? Jawab Nabi : Membantu pekerja atau membuatkan orang yang tidak dapat bekerja. Ya Rasulullah, jika saya tidak dapat berbuatkan demikian? Jawab Nabi : Menahan kejahatan mu pada orang lain, maka itu sebagai sedekah mu pada diri mu. (Bukhari, Muslim)
Kerana perbuatan yang tidak berdasarkan iman akan sia-sia, maka amal yang utama adalah iman sehingga semua amal itu bersendikan iman, dan kedua adalah jihad berjuang besungguh-sungguh untuk menegakan agama ALLAH. Kemudian membantu meringankan beban orang lain, Kalau tadak mampu berbuat kebaikan maka harus menahan diri daripada melakukan kejahatan.
Abu Dzar r.a. berkata : Rasulullah berkata kepada ku : Jangan merendahkan walau sdikit dari kebaikan, walaupun hanya menyambut temanmu dengan wajah yang manis. (Muslim)
Sekecil-kecil kebaikan bernilai di sisi ALLAH, walaupun sekadar senyuman.
BERHEMAH - DALAM MELAKUKAN TAAT
Firman ALLAH
yang bermaksud : Kami tidak
menurunkan Ai-Quran kepada mu (wahai Muhammad)
supaya engkau menangung
kesusahan.
(Taha 1)
Aisyah r.a. berkata : Ketika Nabi masuk ke rumah kami bertepatan ada seorang wanita , Nabi bertanya : Siapakah wanita itu? Jawab Aisyah : Ini fulanah yang terkenal ibadah solatnya yang banyak, Maka sabda Nabi : Mah (kata yang menyatakan kurang senang) hendaknya kerjakan sekuat-kuatnya sahaja, dengan tidak memaksa diri, maka ALLAH tidak akan jemu menerima amal mu sehingga kamu jemu beramal. Dan kelakuan agama yang lebih disukai olah ALLAH ialah yang dapat dikerjakan terus menerus. (Bukhari, Muslim)
Pengertian hadis diatas
: Allah lebih suka sesuatu amal di buat secara
berterusan,
menjadi tabiat manusia jika dirasakan susah ia akan cepat jemu, lalu
Rasulullah menunjukan jalan yang harus dibuat iaitu walaupun amalan itu nampak
sedikit jika dibuat selalu lama-lama akan menjadi banyak.
Anas r.a. berkata : Datang satu rombongan, terdiri dari tiga orng kerumah isteri-isteri Nabi s.a.w. untuk bertanya tentang ibadat Nabi s.a.w. Kemudian telah diberitahu , Mereka menganggap seolah-olah sedikit, sebab Nabi telah diampunkan dosanya. Sehingga berkata seorang daripadanya, Saya akan bersolat terus menerus sepanjang malam. Yang kedua berkata, Saya akan berpuasa selamanya. Yang ketiga berkata, Saya akan mejauhi daripada isteri-isteri dan tidak akan berkahwin. Kemudian Nabi s.a.w. datang dan bertranya : Kamu yang berkata begini-begini. Demi ALLAH saya lebih takut kepada ALLAH daripada kamu, bahkan saya yang lebih bertakwa, tetapi saya puasa dan berbuka, solat dan tidur juga berkahwin dengan beberapa orang wanita. Maka siapa yang mengabaikan sunah Ku, maka ia bukan dari umatku. (Bukhari, Muslim)
RAJIN
MENJAGA KESEMPURNAAN AMAL PERBUATAN
Firman ALLAH yang bermaksud : Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran ALLAH serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (Al-Hadiid 16)
Firman ALLAH
yang bermaksud : Dan
sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepada mu (perkara yang tetap) Yaqin.
(Al-Hijr
99)
Hadis dari Aisyah, Rasullullah s.a.w. bersabda : Kelakuan agama yang lebih disukai oleh ALLAH ialah yang terus menerus dilakukan.
Firman ALLAH
yang bermaksud : Apa yang diberikan
oleh Rasullullah kepdamu, maka terimalah, dan yang dilarang hentikanlah.
(Al-Hasy-r 7)
Firman ALLAH yang bermaksud : Dan tiadalah Rasullulah berkata-kata menurut hawa nafsu, melainkan yang diucapkan itu semata-mata wahyu yang diwahyukan padanya. (An-Najm 3-4)
Firman ALLAH yang bermaksud : Katakanlah : Jika kamu benar-benar kasih kepada ALLAH, maka ikutilah Aku, nescaya dikasihi ALLAH dan diampunkan dosamu. (A-li 'Imraan 31)
Firman ALLAH yang bermaksud : Sesungguh telah ada bagimu dalam kelakuan Rasullullah itu suatu contoh tauladan yang baik sekali, bagi sesiapa yang mengharapkan keredaan ALLAH dan kesejahteraan dihari kemudian. (Al-Ahzaab 21)
Firman ALLAH yang bermaksud : Siapa yang taat kepada Rasullullah bererti telah taat kepada ALLAH...... (An_Nisaa' 80)
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda nabi s.a.w. : Biarkanlah aku selama aku membiarkan kamu dalam kebebasanmu. Maka sesungguhnya yang menyebabkan kebinasaan umat sebelummu dahulu, kerana kebanyakan pertanyaan mereka, dan menyalahi pada nabi-nabi mereka. Maka apabila Aku mencegah kamu dari sesuatu, tinggalkanlah perkara itu, Dan jika Aku perintahkan sesuatu, kejakanlah sekuat tenagamu. (Bukhar,i Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda nabi s.a.w. : Semua umatku akan masuk surga, kecuali yang menolaknya. Ditanya : Siapa yang menolaknya ya Rasullullah? Jawab nabi s.a.w. : Siapa yang taat kepdaku masuk surga, dan yang menentang padaku bererti menolaknya. (Bukhari)
Umar Bin Alkhattab mencium hajar Al-aswad sambil berkata : Saya mengetahui benar kau batu tidak berguna dan tidak berbahaya, dan andaikata saya tidak melihatRasulullah mencium kau, nescaya saya tidak akan mencium kau. (Bukhari, Muslim)
"Maka demi Tuhan Mu (wahai Muhammad) Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". Maksud firman ALLAH - An-Nisaa' 65
"Sesungguhnya perkataan yang di ucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka di ajak kepda kitab ALLAH dan sunah Rasulnya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan" Maksud firman ALLAH - An-Nur 51
Firman ALLAH yang bermaksud
"Tiada kami tinggalkan dalam Al-Quran suatu apapun (yang kurang atau
belum dijelaskan)
Al-An'am 38
Firman ALLAH yang bermaksud "Jika
kamu berselisih dalam sesutu, kembalilah kepada ALLAH ( Al-Quran )
dan Rasulullah (hadis)
An-Nisa' 59
Firman ALLAH yang bermaksud "Sesungguhnya inilah jalan KU yang lurus, ikutilah, dan jangan megikut jalan-jalan lain, maka akan terpisahlah kamu dari jalan ALLAH (Al-An'am 153)
Aisyah r.a. berkata : Bersabda Rasullullah s.a.w. "Siapa yang mengada-adakan sesutu dalam agama kami ini, sesuatau yang tidak ada dasar daripadanya, maka ia pasti tertolak" (Bukhari, Muslim)
BERSAMBUNG...............................